Tuesday 23 December 2014

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan.  Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Menurut Kamus Dewan Bahasa, pembelajaran adalah proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan ( kemahiran ).

Proses pembelajaran seseorang secara berterusan dalam sesuatu bidang pekerjaan.  Proses pembelajaran seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir.  (PROFESSOR EMERITUS DATO' IR. DR. MOHD ZOHADIE BARDAIE , 2002)  ” Ilmu dan teknologi yang dimiliki pada hari ini akan ketinggalan dan lapuk pada masa hadapan. Oleh yang demikian kita perlu mengemaskini ilmu pengetahuan agar selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat supaya menjadi manusia yang relevan kepada pembangunan dan kemajuan negara ” 

Prinsip-prinsip yang diterapkan dalam pembelajaran ialah :
  • Menambahkan ilmu melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk disebarkan.
  • Memahami tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
  • Mempertingkatkan mutu kehidupan
  • Menjadikan ilmu sentiasa dinamik.
  • Memahami budaya ilmu.

Kesimpulannya, usaha-usaha untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat adalah merupakan sebahagian strategi  pembelajaran penting bagi sesebuah organisasi.  Setiap individu perlu bertanggung jawab bagi pembelajaran diri sendiri.  Berusaha untuk meningkatkan lagi kredibiliti dan akauntabiliti.  Mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan keperluan dan tuntutan persekitaran dan dunia yang serba mencabar kini.

GILAAAA...MEMANG GILA !!!  Takkanlah dengan hanya bermodalkan RM90.00 jer boleh dapat income sampai RM800K sebulan.....

Tak caya la aku!!!


No comments:

Post a Comment