Wednesday 24 December 2014

Cabaran Terhadap Kreativiti dan Inovasi Dalam Kesihatan Mental

Pada 26-28 Julai 2010, telah berlangsung satu persidangan kesihatan mental.  Program yang dikenali sebagai Persidangan Kesihatan Mental Kuala Lumpur ke 7 itu diadakan dua tahun sekali, dan merupakan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Badan Kebajikan Psikiatri Hospital Kuala Lumpur. Antara beberapa objektif ia diadakan ialah bagi mendidik masyarakat supaya sentiasa sensitif terhadap aspek penjagaan kesihatan mental yang sempurna dan peka terhadap sebarang perkara yang berpotensi mengundang risiko gangguan mental. Ia juga marupakan satu platform yang dapat mengumpulkan ramai pakar perubatan dan kesihatan berkaitan untuk mendedahkan hasil rawatan, kajian dan penemuan terkini bidang penyakit mental yang berlaku, agar dapat dimanfaatkan golongan rakyat, selain dikongsi sesama pakar. 

Kesihatan mental adalah satu bidang sains, yang dilandasi matlamat untuk melahirkan individu manusia yang sihat dan sejahtera dari segi mental, fizikal, emosi dan sosial, dan bukannya bebas dari penyakit atau kesakitan semata-mata. Sebagai satu bidang sains, ia berusaha untuk menyelesaikan masalah individu berdasarkan kepada pemerhatian secara saintifik, empirikal dan objektif. Justeru itu, pendekatan rawatan dan pemulihan masalah berkaitan mental, emosi dan tingkahlaku juga adalah berdasarkan kepada fakta dan bukti yang kukuh serta telah terbukti berjaya menghasilkan kesan yang efektif. Sebagai satu bidang sains, ia tidak dapat lari untuk turut sentiasa berkembang, sejajar dengan perkembangan dan kemajuan dunia sains dan teknologi. Sudah pasti, perkembangan dan kemajuan yang terhasil ini adalah cetusan daripada kreativiti dan inovasi pemikiran para pendukung dalam bidang ini.

Walaubagaimanapun, peranan yang murni ini akan menjadi terbatas kerana cabaran paling utama yang dihadapi kini ialah masalah kekurangan tenaga pakar. Maklumat yang ada menggambarkan negara kekurangan pakar psikiatri, dengan jumlah keseluruhan adalah sekitar 200 orang sahaja. Jumlah yang kecil ini sudah pasti membataskan tahap kecepatan dan kecekapan usaha merawat pesakit secara lebih efektik, di samping menghalang pelbagai agenda mempromosi kesedaran kesihatan mental. Manakala rakyat yang menghidapai gejala penyakit mental pula semakin bertambah setiap tahun, dan pada masa yang sama, 3 juta daripada 26 juta orang sedang menderita pelbagai sindrom akibat penyakit ini. Kesan buruk daripada jumlah yang kecil golongan profesional ini akhirnya akan mengakibatkan kurangnya penghasilan idea dan pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif dalam sektor perkhidmatan ini, sama ada dari segi rawatan dan pemulihan, ataupun penjagaan dan pencegahan, mahupun promosinya, mengkibatkan bidang ini semakin jauh ketinggalan dan terkebelakang berbanding bidang lain dalam sektor kesihatan dan perubatan. Namun, masalah ini lambat laun akan dapat diatasi juga akhirnya, walaupun akan mengambil masa yang amat panjang dari sekarang, mungkin sejajar dengan pencapaian kemajuan negara dan Wawasan 2020.


Ditulis oleh Khairul Azhar Bin Idris. Posted in Utusan Malaysia


GILAAA...MEMANG GILA!!!..hanya bermodalkan RM90.00 jer boleh dapat income sampai RM800K sebulan ??? BIAR BETULLLL !!!

No comments:

Post a Comment