Wednesday 24 December 2014

Lawak Jerr

Dalam sebuah kelas darjah satu, Cikgu Bard memulakan pengajaran nya.
'Hari ini kita akan belajar mengenai binatang yang menghuni hutan di negara kita.  Murid-murid, siapa yang boleh bagitau cikgu binatang apa yang bermula dengan huruf 'G'?'  
Murid paling depan bangun menjawab...."gajah cikgu".

Bagus, betul jawapan awak.  Murid itu tersengih-sengih bangga.
Soalan seterusnya .. binatang apa pula yang bermula dengan huruf 'D'?

Semua murid tidak menjawab kerana takut tengok muka Cikgu Bard yang bermisai lintang.  Seminit berlalu tapi tiada jugak jawapan.  Lalu budak yg kena puji tadi bangun lagi. 'Dua ekor gajah cikgu'... Jawapan penuh konfiden. Murid2 lain dah tergelak2 sampai sakit perut.
Cikgu mula marah.  'Awak berdiri atas kerusi' kata cikgu.  

Soalan seterusnya, binatang apa pula yang bermula dengan huruf 'M'?  Semua diam sebab takut kena marah. Bila dah tiada yang menjawab....budak yang bediri atas kerusi langsung bersuara...'Mungkin gajah cikgu'...
'Awak pergi bediri luar kelas' jerit cikgu yang dah mula stress.

Soalan last, binatang apa lak yang bermula dengan huruf 'J'?
Macam tadi jugak. Tiada siapa berani menjawab. Lama kelas tu sunyi tiba-tiba dari luar kelas budak itu menjawab lagi.  "Jangan-jangan gajah cikgu....".
Agak-agakla kan, apa tindakan Cikgu Bard terhadap budak tu ???

GILA..GILAA...MEMANGGG GILAAA!!! Hanya bermodalkan RM90.00 jer tapi income boleh sampai RM800k sebulan ??? Adakah ini satu pembohongannnn ???

Cabaran Terhadap Kreativiti dan Inovasi Dalam Kesihatan Mental

Pada 26-28 Julai 2010, telah berlangsung satu persidangan kesihatan mental.  Program yang dikenali sebagai Persidangan Kesihatan Mental Kuala Lumpur ke 7 itu diadakan dua tahun sekali, dan merupakan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Badan Kebajikan Psikiatri Hospital Kuala Lumpur. Antara beberapa objektif ia diadakan ialah bagi mendidik masyarakat supaya sentiasa sensitif terhadap aspek penjagaan kesihatan mental yang sempurna dan peka terhadap sebarang perkara yang berpotensi mengundang risiko gangguan mental. Ia juga marupakan satu platform yang dapat mengumpulkan ramai pakar perubatan dan kesihatan berkaitan untuk mendedahkan hasil rawatan, kajian dan penemuan terkini bidang penyakit mental yang berlaku, agar dapat dimanfaatkan golongan rakyat, selain dikongsi sesama pakar. 

Kesihatan mental adalah satu bidang sains, yang dilandasi matlamat untuk melahirkan individu manusia yang sihat dan sejahtera dari segi mental, fizikal, emosi dan sosial, dan bukannya bebas dari penyakit atau kesakitan semata-mata. Sebagai satu bidang sains, ia berusaha untuk menyelesaikan masalah individu berdasarkan kepada pemerhatian secara saintifik, empirikal dan objektif. Justeru itu, pendekatan rawatan dan pemulihan masalah berkaitan mental, emosi dan tingkahlaku juga adalah berdasarkan kepada fakta dan bukti yang kukuh serta telah terbukti berjaya menghasilkan kesan yang efektif. Sebagai satu bidang sains, ia tidak dapat lari untuk turut sentiasa berkembang, sejajar dengan perkembangan dan kemajuan dunia sains dan teknologi. Sudah pasti, perkembangan dan kemajuan yang terhasil ini adalah cetusan daripada kreativiti dan inovasi pemikiran para pendukung dalam bidang ini.

Walaubagaimanapun, peranan yang murni ini akan menjadi terbatas kerana cabaran paling utama yang dihadapi kini ialah masalah kekurangan tenaga pakar. Maklumat yang ada menggambarkan negara kekurangan pakar psikiatri, dengan jumlah keseluruhan adalah sekitar 200 orang sahaja. Jumlah yang kecil ini sudah pasti membataskan tahap kecepatan dan kecekapan usaha merawat pesakit secara lebih efektik, di samping menghalang pelbagai agenda mempromosi kesedaran kesihatan mental. Manakala rakyat yang menghidapai gejala penyakit mental pula semakin bertambah setiap tahun, dan pada masa yang sama, 3 juta daripada 26 juta orang sedang menderita pelbagai sindrom akibat penyakit ini. Kesan buruk daripada jumlah yang kecil golongan profesional ini akhirnya akan mengakibatkan kurangnya penghasilan idea dan pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif dalam sektor perkhidmatan ini, sama ada dari segi rawatan dan pemulihan, ataupun penjagaan dan pencegahan, mahupun promosinya, mengkibatkan bidang ini semakin jauh ketinggalan dan terkebelakang berbanding bidang lain dalam sektor kesihatan dan perubatan. Namun, masalah ini lambat laun akan dapat diatasi juga akhirnya, walaupun akan mengambil masa yang amat panjang dari sekarang, mungkin sejajar dengan pencapaian kemajuan negara dan Wawasan 2020.


Ditulis oleh Khairul Azhar Bin Idris. Posted in Utusan Malaysia


GILAAA...MEMANG GILA!!!..hanya bermodalkan RM90.00 jer boleh dapat income sampai RM800K sebulan ??? BIAR BETULLLL !!!

DOA-DOA

DOA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Setiap ibubapa pasti berkehendakkan anak-anak mereka berjaya dalam peperiksaan.  Tak kiralah samada anak-anak itu di bangku sekolah rendah, menengah malah juha di institusi pendidikan tinggi. Disini diberikan doa yang mungkin dapat diamalkan sebagai salah satu usaha untuk menghasilkan kejayaan.  Doa tanpa usaha adalah sia-sia.  Berusaha dan berdoa, Insyaallah berjaya...



DOA UNTUK TAWADDHU'

AMALAN SEHARIAN
Jom kita amalkan......membaca surah ni sebanyak 10 kali sehari,...Allah akan melapangkan dada dan memperluaskan rezeki tanpa disangka-sangka.......insyaAllah


PENDAPATAN BERTERUSAN

GILAAA..MEMANG GILA !!! Hanya bermodalkan RM90.00 jer boleh dapat income sampai RM800K sebulan...BIAR BETULLLL!!!


KHASIAT BUAH LEMON

Buah lemon yang masam manis memang sedap dibuat minuman. Baunya yang harum juga mampu menghilangkan rasa loya di awal kehamilan. Namun di sebalik itu lemon juga buah yang banyak khasiatnya kepada pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan secara semula jadi.
 Kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati mengambil buah lemon yang kaya denga asid sitrat dan aromanya yang melegakan dapat memberikan banyak manfaat kepada orang yang minum perahan lemon di pagi hari.
 Ia memang sesuai diamalkan oleh mereka yang memang sedang dalam proses menurunkan berat badan dan mendetoks badan. Jus lemon boleh digunakan secara bersendirian atau dicampur dengan madu, air masak atau buah-buahan lain.

Menurunkan berat badan
 Amalkan minum air suam dicampur perahan lemon tanpa campuran gula setiap pagi. Ia dikatakan mampu membantu menurunkan berat badan.

Detoks
Buah lemon memang terkenal sebagai bahan semula jadi untuk membuang toksin yang ada dalam badan atau detoksifikasi. Caranya sama seperti kaedah menurunkan berat badan.

Bahkan khasiat minum jus lemon juga dikatakan mampu meningkatkan pengeluaran enzim dalam paru-paru yang boleh meningkatkan pembuangan air kencing serta membersihkan buah pinggang

GILAAA...MEMANG GILA !!! Hanya bermodalkan RM90.00 jer boleh dapat income sampai RM800K sebulan ??? Biaq Betuiii...


Tuesday 23 December 2014

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan.  Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Menurut Kamus Dewan Bahasa, pembelajaran adalah proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan ( kemahiran ).

Proses pembelajaran seseorang secara berterusan dalam sesuatu bidang pekerjaan.  Proses pembelajaran seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir.  (PROFESSOR EMERITUS DATO' IR. DR. MOHD ZOHADIE BARDAIE , 2002)  ” Ilmu dan teknologi yang dimiliki pada hari ini akan ketinggalan dan lapuk pada masa hadapan. Oleh yang demikian kita perlu mengemaskini ilmu pengetahuan agar selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat supaya menjadi manusia yang relevan kepada pembangunan dan kemajuan negara ” 

Prinsip-prinsip yang diterapkan dalam pembelajaran ialah :
  • Menambahkan ilmu melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk disebarkan.
  • Memahami tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
  • Mempertingkatkan mutu kehidupan
  • Menjadikan ilmu sentiasa dinamik.
  • Memahami budaya ilmu.

Kesimpulannya, usaha-usaha untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat adalah merupakan sebahagian strategi  pembelajaran penting bagi sesebuah organisasi.  Setiap individu perlu bertanggung jawab bagi pembelajaran diri sendiri.  Berusaha untuk meningkatkan lagi kredibiliti dan akauntabiliti.  Mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan keperluan dan tuntutan persekitaran dan dunia yang serba mencabar kini.

GILAAAA...MEMANG GILA !!!  Takkanlah dengan hanya bermodalkan RM90.00 jer boleh dapat income sampai RM800K sebulan.....

Tak caya la aku!!!


Kepentingan Ilmu Pengetahuan

1. Definisi Ilmu Pengetahuan
Perkataan ilmu dari sudut bahasanya adalah berasal daripada perkataan arab iaitu calima, yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya. Sementara ilmu dari segi istilah memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batiniah.

Secara umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. Ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat dalam dua bentuk iaitu ilmu pengetahuan nyata (explicit
 knowledge) dan ilmu pengetahuan tidak nyata (tacit knowledge). Ilmu pengetahuan nyata boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak manakala ilmu pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda, amalan harian, pengalaman, memori dan seumpamanya yang kebiasaannya sukar dilihat dengan mata kasar. (Noraziah Sharuddi, 2002)


Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara automatik ajaran agama terkeluar daripada takrif dan ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.
Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan antara agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Ilmu menurut perspektif Islam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu al-Quran, syariah, sunnah, iman, ilmu kerohanian, hikmah, makrifat, pemikiran, sains dan pendidikan.


BOHONG KER APA NI HAHHHH ????  Hanya dengan bermodalkan RM90.00 boleh dapat income sampai RM800K sebulan ??? GILA KA APA HANG NI ???


Monday 22 December 2014

PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN INSAN

Era milenium menyaksiakan cabaran yang bersifat sejagat yang merentasi sempadan geografi mahupun sosiologi. Negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi.  Oleh itu pendidikan memerlukan transformasi dan penyesuaian dengan perubahan semasa. Pendidikan dalam era milenium perlu bercirikan unsur global dan pada masa yang sama tanpa meninggalkan yang asal yang bersifat lokal. 

Pendidikan perlu mampu melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancang masa depan mereka, mampu menghadapi cabaran baru, berupaya membuat pilihan dengan masa depan mereka, berupaya membuat pilihan dengan bijak,tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang akan dihadapi. Sehubungan itu pendidikan perlu dikaitkan dengan senario semasa dan masa hadapan yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan kemajuan teknologi semasa khususnya ICT. Perancangan pendidikan umumnya perlu bersifat futuristik, fleksibel,dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat profil bangsa dan warganegara Malaysia yang diharapkan.

Pendidikan di Malaysia kini berada dalam keadaan yang lebih mantap berbanding sebelumnya. Perkara ini disebabkan pendidikan di negara ini berkembang dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan dan cabaran, atau dengan kata lain pendidikan mengalami kristalisasi iaitu ke arah yang lebih mantap dan cemerlang. Perkembangan sektor pendidikan dilihat penting dan diberi keutamaan seperti juga sektor-sektor yang lain kerana pendidikan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan, baik kepada pembangunan insan mahupun kepada pembangunan negara.Pendidikan adalah satu mekanisma penting terhadap pembangunan insan dan juga pembangunan negara.
Kurikulum dan kokurikulum di sekolah atau Universiti adalah menjurus ke arah pembinaan insan yang berketrampilan, seimbang , mencapai tahap profesional yang tinggi bagi menggalas hasrat dan wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.Pendidikan yang bermula di peringkat asas sekolah rendah,menengah,seterusnya ke peringkat Pengajian Tinggi merupakan proses yang berkesinambungan yang mesti dilalui dengan cemerlang dan berkualiti supaya dapat mengambil manfaat sepenuhnya daripada sistem pendidikan yang ada ini bagi melahirkan modal insan dan tenaga manusia yang mempunyai kepakaran. Pendidikan insan yang sempurna merupakan petunjuk bahawa negara bakal mencapai pembangunan yang mapan.

Pendidikan merupakan suatu proses mendidik insan untuk memperoleh keilmuan sehingga dapat mengubah tingkah laku seseorang mengikut tingkah laku dan amalan yang dikehendaki. Pendidikan dapat mengembangkan potensi individu ke arah membina akhlak, budi pekerti dan keperibadian mulia serta keimanan manusia.Pendidikan juga dapat membangunkan aspek sosial seseorang iaitu sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Dengan kata lain pendidikan adalah berfungsi untuk pembangunan insan dan seterusnya membawa kepada pembangunan negara. Melalui pendidikan seseorang itu akan membangunkan dirinya sendiri terlebih dahulu seterusnya membangunkan keluarga, masyarakat dan negara.
Matlamat ini adalah selari dengan matlamat pendidikan Malaysia yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu; Pendidikan di Malaysia merupakan usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung jawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Sebagaimana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan di atas, jelaslah bahawa fungsi pendidikan adalah bertujuan untuk perkembangan secara seimbang dan harmonis unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan akan membangun insan yang berketrampilan. Dalam usaha mencapai matlamat ini perkembangan unsur intelek, rohani dan jasmani tidak boleh dilakukan secara terasing atau terpisah antara satu sama lain. Seharusnya perkembangan ini perlu berlaku serta bersepadu dengan berpaksikan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Penekanan yang dilakukan terhadap mana-mana satu unsur sahaja akan melahirkan individu yang tidak seimbang. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara.
Kedua-dua tujuan adalah selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu elemen yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama.
Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berperanan bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia.
Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan merupakan satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.
Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan dalam konteks pendidikan tinggi pula bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma sahaja tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang yang bertanggungjawab. Dalam membangunkan insan, pembentukan sahsiah adalah antara perkara yang penting. Usaha ini bagi membetuk generasi masa hadapan dengan sahsiah, keperibadian dan akhlak yang tinggi. Ketinggian keperibadian dan akhlak yang terbentuk dalam diri setiap individu pelajar terutamanya remaja akan menjadi teras kepada pembangunan negara.
Pada usia muda remaja pelajar mudah terpengaruh dengan hedonism yang boleh membawa kepda aktiviti sosial yang kurang berfaedah seterusnya membawa ke kancah maksiat seperti mabuk, menagih dadah, merempit, melacur diri, berfoya-foya dan lain-lain. Gejala tersebut perlu dibenteras dan langkah-langkah perlu di ambil untuk menanganinya sebelum ia merebak danmejadi semakin berleluasa. Justeru, pembangunan insan yang komprehensif melalui pendidikan diharap dapat membendung gejala soosial daripada terus menular.

Oleh kerana pendidikan akan melahirkan individu yang seimbang daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani maka potensi intelek perlu diperkembangkan kerana seseorang perlu mempunyai kemampuan untuk berfikir secara logik dan rasional, membuat keputusan yang tepat dan menyelesaikan masalah dalam kehidupanya secara bijaksana. Pemikiran kreatif dan kritis perlu diperkembangkan secara seimbang. Perkara ini penting kerana didapati ramai yang boleh bertindak secara kreatif tanpa memikirkan secara kritis akan kesan-kesannya.

Matlamat Pendidikan ialah bertujuan melahirkan insan yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :
1.    Percaya dan patuh kepada Tuhan
2.    Berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia
3.    Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara
4.    Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
5.    Memupuk perpaduan

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, dapat mencapai matlamatnya iaitu :
1.    Melahirkan insan yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya.
2.  Menghasilkan insan yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.
3.    Melahirkan insan yang taat setia dan cinta kepada Negara
4.    Melahirkan insan yang memahami dan bersikap toleransi, demi mewujudkan perpaduan.

Tujuan Pendidikan juga ialah untuk mempergiatkan aktiviti kehidupan bangsa dan mengembangkan potensi manusia, iaitu manusia yang beriman dan bertakwa terhadap Tuhan Yang Maha Esa dan berbudi pekerti luhur, memiliki pengetahuan dan ketrampilan, mempunyai kesihatan jasmani dan rohani, memiliki keperibadian yang mantap dan mandiri serta memiliki rasa tanggung jawab kemasyarakatan dan kebangsaan.Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melaui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan.Malahan proses pendidikan merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan mengembangkan minda jiwa dan rohani ke arah mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna.
Daripada perspektif yang berbeza bidang pendidikan adalah jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara. Contoh yang dapat dilihat ialah Jepun dan korea Selatan adalah dua buah negara yang aset materialnya yang sedikit, berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan yang mantap dapat membantu memajukan diri dan negara mereka standing dengan negara-negara maju yang lain.Perkembangan pembangunan pendidikan di nagara ini dengan pertambahan bilangan institusi pengajian tinggi awam dan swasta akan turut mempercepatkan proses pembangunan insan kerana rakyat yang terpelajar adalah kunci kepada pembentukan negara maju pada tahun 2020 nanti.
Pendidikan mengenai nilai hidup juga dianggap sebagai modal insan ke arah meningkatkan aset itu sendiri. Oleh itu modal insan adalah harta terpenting yang ada pada seseorang yang juga boleh membawa kemajuan kepadanya. Dua elemen yang penting sebagai pelaburan masa depan dalam modal insan itu ialah pendidikan dan latihan. Institusi pendidikan seperti sekolah, Universiti, kelas komputer, pembelajaran kesihatan dan perbincangan-perbincangan mengenai nilai hidup juga dianggap sebagai modal insan ke arah meningkatkan kualiti insan itu sendiri.  Kekuatan modal insan bermakna kekuatan tenaga kerja yang melibatkan semua lapisan dan semua sektor samada peringkat kepimpinan, pengurusan, kakitangan, dan banyak lagi, menjadikan sesuatu bangsa berkeupayaan dan berkemampuan untuk bersaing dan sama-sama membina negara maju.
Modal insan ialah suatu punca kekuatan yang boleh menjana kekuatan negara, trasformasi kebudayaan dan peningkatan tamadun negara. Modal insan menjadi tulang belakang untuk mencapai pembangunan. Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru, perancangan pendidikan perlu dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia.

Teras pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sstem pendidikan bagi melahirkan warganegara “glokal” yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan tempatan.

Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.Bidang pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya.

Pendidikan tinggi memainkan peranan utama dalam mencorakkan insan yang dikehendaki untuk pembangunan manusia dan negara.Perubahan dan anjakan baru dalam pendidikan tinggi bertepatan dengan usaha kerajaan mewujudkan modal insan yang dinamik dengan daya saing yang tinggi bagi menjana kemajuan negara dalam semua aspek. Pewujudan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam berbagai bidang kepakaran yang dilengkapi pula dengan kemahiran insaniah dan nilai kerohanian menjadi tunjang yang kukuh bagi menjayakan sektor ekonomi dan seterusnya menjana kekayaan negara.

Sumber : MOHD SAUPI ASHARI PPG ISMP UPSI  
                http://cikgusaupi.blogspot.com/